Assalamualaikum,
Kawan-kawan sekalian, hari ini saya ingin berceritakan mengenai hobi genre muzik kegemaran saya, untuk pengetahuan kalian, saya suka semua genre muzik, tetapi bergantung pada keadaan dan situasi yang saya hadapi pada ketika itu. Saya suka muzik-muzik anak muda terkini tetapi bukan yang keterlaluan sangat, saya akan mengambilnya sebagai hiburan sementara sahaja. Nasyid pula saya sangat menggemarinya dari bangku sekolah lagi, antara lagu yang popular pada zaman persekolahan saya ialah Sekeping Hati nyanyian kumpulan Saujana, Fatamorgana nyanyian kumpulan Hijjaz, dan macam-macam lagi, saya suka nasyid kerana ia ibarat terapi diri ketika dalam kesedihan dan kerungsingan di samping membawa maksud yang baik bagi setiap liriknya.
Nasyid mempunyai maksudnya yang tersendiri iaitu,Nasyid merupakan nyayian yang biasanya bercorak keagamaan Islam dan mengandungi kata-kata nasihat, kisah para nabi, memuji Allah dan yang seumpamanya. [2] Menurut Kamus Dewan ( hal: 923) Nasyid ialah lagu yang biasanya dinyayikan secara kumpulan yang mengandungi seni kata yang berunsurkan Islam.
Muzik nasyid merupakan muzik yang mempunyai alunan paluan alatan muzik yang merdu dan tidak sarat seperti genre lain yang memerlukan drum dan gitar, muzik nasyid merupakan muzik yang indah, aman dan damai bila kita mendengarnya. Pada pendapat saya, melalui nasyid juga ia mampu menjadi salah satu medium dakwah kepada golongan pendengar tanpa mengira usia. Nasyid tidak menghadkan umur pendengarnya, selagi kita meminatinya, kita boleh mendengarnya berulang kali tanpa sebarang halangan. Pada masa kini, kebanyakan muzik nasyid sudah ke arah percintaan, tetapi bagi saya ia bukan merupakan satu masalah dalam genre ini, sebaliknya ia perlu sebagai medium dakwah tentang percintaan yang dituntut dalam Islam dan berpandukan Al-Quran dan Al-Sunnah.
Sekian sahaja post saya buat kali ini, terimalah beberapa video nasyid kegemaran saya.
Wassalam ...:)
~Penyanyi :- AMAR, Tajuk lagu :- Nurul Iman~
~Penyanyi :- IN-TEAM, Tajuk Lagu :- Kasih kekasih~
~Penyanyi :- ALL ONE, Tajuk Lagu :- Bilal Bin Rabah~
~Lakarlah kehidupan seindah mana pun, kembalinya kita ke tempat yang sama~






