Assalamualaikum,
Hari ini saya ingin bercerita sedikit, tentang perkara yang berkaitan dengan tajuk post kali ini. Manusia seringkali ditimpa masalah, mereka memerlukan masa untuk memulihkan masalah. Jika ia berkaitan soal hati dan perasaan pula, ia perlu mengambil sedikit masa untuk kembali seperti biasa. Memang tidak dinafikan, saya sendiri sedang menghadapi situasi ini, bukan sekali tetapi sudah banyak kali, tetapi saya tidak pernah menganggap ini sebagai masalah kepada saya, sebaliknya saya bersyukur dan menganggap ini sebagai ujian daripada Allah S.W.T. Saya percaya setiap apa dugaan atau ujian yang mendatang, pasti ada hikmah disebaliknya.
Buat pengetahuan semua, semasa menulis blog ini, saya tiada di UKM, bukan hendak melarikan diri dari masalah, sama sekali tidak, cuma saya perlu mencari ruang dan udara diluar supaya dapat membantu saya menjadi diri saya kembali dan memulihkan hati yang terluka. Dalam lumrah kehidupan, tiada seorang pun di muka bumi ini yang tidak mempunyai masalah, yang membezakan kita dengan orang lain ialah, cara dan bagaimana kita menyelesaikan masalah sahaja. Saya mempunyai cara yang tersendiri untuk melupakan dan mencari jalan penyelesaian masalah saya, mungkin saya boleh berkongsi sedikit cara yang saya amalkan.
Antara tips yang saya amalkan untuk menyelesaikan masalah :-
1. Kenalpasti dahulu masalah.
2. Jika ia berpunca dari diri kita, segera perbetulkan, jika tidak, jangan mencari kesilapan orang lain, tetapi redha sahaja.
3. Sentiasa berfikiran positif dan berprasangka baik dengan persekitaran sekeliling.
4. Berdoa mohon petunjuk Allah, mudah-mudahan temui jalan penyelesaian.
5. Tenangkan diri dengan membaca Al-Quran beserta tafsirnya, cuba aplikasikan dalam diri kita.
6. Jika masalah masih tidak selesai, teruskan kehidupan seperti biasa, lama kelamaan masalah akan lupa dari fikiran.
7. Jangan mencampurkan masalah peribadi dengan urusan yang melibatkan kerja kumpulan mahupun pekerjaan.
8. Laksanakan solat-solat sunat di tengah malam, memang susah nak mulakan, tetapi nanti akan terbiasa.
9. Ingat fokus utama dan matlamat yang kita hendak kecapi, laksanakan sesuatu untuk dapatkannya.
10. Last but not list, D U I T. Doa, Usaha, Ikhtiar, Tawakkal.
Mudah-mudahan tips yang saya berikan dapat membantu.
Konklusinya, dalam apa jua keadaan sekali pun, kita perlu bertindak dengan minda yang sedar, bukan dengan minda yang separa sedar. Jangan pernah sesekali kita menyalahkan takdir Allah, ini kerana Allah tidak akan menguji hambanya jika dia tidak tahu kemampuan hambanya. Allah uji kita untuk jadi lebih kuat dan kental dalam menghadapi arus duniawi. Semoga apa yang saya perkatakan ini adalah yang tulus dari saya. Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah S.W.T dan yang buruk itu datangnya dari kelemahan diri saya sendiri. Sekian.
~Hidup tidak selalunya indah, namun kita mampu mencari keindahannya~
No comments:
Post a Comment