Thursday, 4 April 2013

BERAKHIRNYA KEMERIAHAN TG2KM....:)

Assalamualaikum, 

Post kali ini, saya nak kongsikan tentang berakhirnya kemeriahan TG2KM, setelah berkampung dengan kepenatan selama 2 minggu, akhirnya tanggal 31 Mac 2013 yang lalu, tamatlah sudah Temasya Gemilang Kolej Keris Mas (TG2KM). Walaupun ia sudah berakhir, tetapi ia tetap akan sentiasa berada dalam ingatan sebagai sebuak kenangan yang terindah.

Pelbagai aktiviti dijalankan sepanjang TG2KM ini, tetapi yang paling menarik hati saya adalah pameran kereta mewah, ini kerana pada pameran tersebut terdapat sebuah kereta yang merupakan kereta idaman saya iaitu Nissan GTR-35. Kereta ini merupakan kereta kegemaran saya sejak dari dahulu lagi. Apabila berpeluang melihat kereta ini dengan lebih dekat, perasaan ingin mendapatkan kereta tersebut suatu hari nanti membuak-buak. Saya mengambil ia sebagai satu cara yang positif, dimana saya berpegang pada satu kata-kata motivasi iaitu "jika kita tahu apa yang kita mahu, maka kita akan buat sesuatu untuk mendapatkan apa yang kita mahu". Jadi, saya menanamkan dalam diri saya supaya saya akan bekajar dan berusaha dengan jayanya untuk mendapatkan kereta idaman saya suatu hari nanti, mudah-mudahan Allah mempermudahkan urusan dan cita-cita hambanya ini. 

Disamping itu juga di TG2KM terdapat Photobooth dimana, para pengunjung berpeluang bergambar disana berlatarbelakangkan logo TG2KM. Walaupun saya merupakan AJK bagi program ini, saya juga tidak melepaskan peluang bergambar disana untuk dujadikan kenangan bersama rakan-rakan dan kenangan menyertai program ini. Sememangnya ia merupakan pengalaman yang paling menarik dengan TG2KM ini, walaupun penat, tetapi setelah habis program ini, rindu kembali untuk bersama-sama dengan rakan-rakan. In Shaa Allah tahun depan kita berjumpa lagi bersama TG2KM yang lebih gempak.

Sekian, terima sedikit gambar kenangan bersama TG2KM 2013..


~bersama kereta idaman~

~TG2KM Photobooth~

~bersama Saha~



~Riang ria di TG2KM~

 
~dalam bergembira harus ingat misi dan tujuan utama, audit diri kita~

No comments:

Post a Comment