Thursday, 4 April 2013

KEPENATAN MELANDA...

Assalamualaikum,
Kepenatan melanda.....itulah tajuk post kali ini, ini berikutan kesibukan sepanjang 2 minggu kebelakangan ini, tidur tidak cukup, kerja banyak terbengkalai dan macam-macam lagi, tapi walau apa pun, misi utama tetap utuh di ingatan iaitu belajar, belajar dan belajar. Sesibuk manapun kita, yang penting tugas sebagai seorang pelajar tidak harus diabaikan. Walaupun sibuk dengan aktiviti kolej, tapi saya tetap mengutamakan kelas dan tugasan yang perlu dihantar, cuma kurang ulangkaji matapelajaran sahaja. 

Selain daripada penat minda dan badan, hati juga semakin penat menjaga hati orang lain, beberapa minggu yang lepas, saya menghadapi masalah dalam persahabatan, mungkin kerana saya terlampau mengikut perasaan sangat. Saya cuba mengawal emosi, tetapi agak sukar kerana ini berlaku dalam kalangan orang yang rapat dengan saya, saya cuma hanya mahu mengajar rakan supaya lebih berdisiplin dan bertanggungjawab dalam setiap apa yang mereka lakukan, tetapi mungkin kerana salah tafsiran, maka ia diambil begitu serius. Tetapi tidak mengapa, baru-baru ini, kami telah kembali seperti biasa, saya telah meminta maaf sekiranya saya tersalah bicara, mereka menerima dengan hati yang terbuka, saya juga menerima maaf mereka dengan hati yang terbuka, kami meluangkan masa sehingga jam 3.30 pagi, barulah rasa lega setelah semuanya jelas, kini kami kembali bersahabat. Biasalah, dalam persahabatan, memang akan ada pasang surutnya, selagi kita berpegang pada paksi dan ukhwahnya, pasti kita akan menghadapinya bersama-sama. Terima kasih kepada sahabat-sahabatku sekalian.

Ingatlah dimana pun kita berada, susah manapun halangan mendatang, penat manapun usaha kita, janganlah mengeluh, sebaliknya bersyukur dan kembalilah kepada pencipta kita, ini kerana dengan mengingatinya kita mampu meredakan segala apa yang mendatang, mudah-mudahan. Amin

Sekian. 

~ukhwahfillah~
~dengan persahabatan, pelbagai kenangan dapat dicipta~
 

~jaga diri, jaga hati, hiasi peribadi, tingkatkan kualiti~

No comments:

Post a Comment