Assalamualaikum,
Para blogger sekalian, kali ini saya hendak menceritakan sedikit pengalaman yang baru pertama kali saya perolehi sepanjang hidup di muka bumi milik Allah ini. Pengalaman tersebut ialah meluangkan masa bersama dengan anak-anak yatim selama 2 hari 1 malam. Ini merupakan pengalaman yang memang sangat-sangat berharga bagi saya, impian dan hasrat untuk ke rumah anak yatim memang sudah lama terbuku di hati, tetapi Allah itu Maha Kaya, mendengar kata hati hambanya ini, pada tanggal 13 dan 14 April yang lalu saya telah mengikuti program anjuran PMFSSK iaitu dinamakan JUMBAY (Jalinan Ukhwah Bersama Anak-anak Yatim) yang bertempat di Rumah Amal Anak Yatim (YPIN) Banting, Selangor.
Bagi saya program ini sangat memberikan saya satu perasaan yang sukar untuk saya gambarkan dengan kata-kata, ini kerana pengisian sepanjang program ini membawa makna yang sangat bermanfaat kepada saya. Pada pendapat saya, anak yatim ibarat permata yang perlu kita jaga, mereka perlu diberi perhatian sewajarnya kerana mereka membawa pelbagai cahaya kebaikan. Sebagai seorang manusia, tiada sesiapa pun yang sempurna, walaupun kita masih mempunyai kedua ibubapa, namun itu masih lagi tidak dianggap sempurna, ini kerana peroleh sempurna di dunia, tidak semestinya kita peroleh sempurna diakhirat sana kelak.
Justeru itu, sebagai seorang muslim yang beriman, kita sewajarnya bersyukur dengan apa yang kita perolehi sekarang, buruk baik apa yang kita alami kita perlu bersyukur, dan jika ada kekurangan daripada diri sendiri, kitalah yang sewajarnya mengorak langkah membetulkan kesilapan kita. Begitu juga dengan anak yatim, walaupun mereka tidak mempunyai ibu atau bapa atau mungkin kedua-duanya sekali, mereka wajar bersyukur kerana Allah masih memberikan peluang kepada mereka untuk berada di atas muka bumiNya.
Sewaktu di Rumah Anak Yatim tempoh hari, saya mendekati seorang anak yatim ini yang bernama Isyraf, yang berumur 7 tahun, dia mempunyai kembar yang bernama Irshad. Isyraf sangat rapat dengan saya sepanjang program ini, memang banyak masa diluangkan bersama Isyraf sepanjang saya berada disana, sehinggakan urusetia program ini mengatakan Isyraf sudah macam adik saya. Kisah Isyraf sangat sedih bagi saya, ini kerana ayahnya telah meninggal dunia sewaktu dia masih kecil disebabkan oleh kanser lidah, emaknya pula tidak bekerja dan tidak pandai memandu kereta. Isyraf bersama kembarnya dan abangnya ditempatkan dirumah anak yatim kerana ibunya tidak mampu menjaganya, tetapi mereka akan tidur di rumah ibunya setiap hari,dihantar oleh pengusaha rumah anak yatim tersebut.
Isyraf sangat memberikan kesan yang mendalam kepada diri saya, jika saya berkemampuan, mahu sahaja saya mengambilnya dan menjaganya, tetapi tidak mengapa mungkin disana dia boleh dijaga dengan sebaiknya. Isyraf dan macam adik saya, kami makan bersama, tidur bersama, sehinggakan mandi pun dia menyuruh saya memandikannya, dan yang paling membuatkan saya gembira ialah dia mengajak saya untuk melaksanakan Solat Dhuha. Saya bersyukur sangat kerana Allah memberikan saya peluang merasai nikmat nya bersama anak yatim ini, mulianya mereka disisi Alllah sangat tidak terhitung, bayangkan di dalam Al Quran, Allah menyebut anak yatim sebanyak 23 kali, betapa mulianya mereka disisi Allah. Subhanallah.
Nabi kita, Nabi Muhammad SAW tidak pernah
lupa akan perihal anak-anak yatim, banyak disebut dalam hadith-hadith,
antaranya adalah :
Daripada Abu Ummah diceritakan bahawa Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Barang
siapa yang membelai kepala anak yatim kerana Allah SWT, maka baginya
kebaikan yang banyak daripada setiap rambut yang diusap. Dan barang
siapa yang berbuat baik kepada anak yatim perempuan dan lelaki, maka
aku dan dia akan berada di syurga seperti ini, Rasulullah SAW
mengisyaratkan merenggangkan antara jari telunjuk dan jari tengahnya.”
(Hadis riwayat Ahmad)
Sekian dulu coretan saya buat kali ini, nantikan post yang seterusnya. In Shaa Allah.
~Saya bersama dengan Isyraf~
~semasa slot Surat Wasiat~
~semasa aktiviti Explorace Islamik~
~ gambar terakhir sebelum pulang ke UKM~
~"Hidup tak selalunya indah tapi yang indah itu tetap hidup dalam kenangan"~
No comments:
Post a Comment