Friday, 12 April 2013

MEMAAFKAN MEMANG MUDAH, TETAPI SUKAR UNTUK MELUPAKAN

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Post kali ini saya ingin meluahkan sedikit perasaan dan isi hati saya dalam menghadapi arus sepanjang saya hidup di atas muka bumi milikAllah S.W.T ini. Berdasarkan tajuk post "MEMAAFKAN MEMANG MUDAH, TETAPI SUKAR UNTUK MELUPAKAN", mesti ramai yang mula memikirkan sesuatu dan mungkin juga sedang atau pernah mengalami apa yang saya cuba maksudkan ini. Saya akan cuba luangkan sedikit masa untuk berbiacara soal hati dan perasaan serta prinsip dalam hidup saya.




Berdasarkan tajuk, ia memang mengenai diri saya dan juga ia merupakan salah satu daripada prinsip hidup saya dalam hubungan sillaturrahim sesama manusia, sama ada keluarga dekat, keluarga jauh mahupun rakan-rakan saya. Ingin saya perjelaskan disini, bahawa saya memang mudah untuk memaafkan kesilapan seseorang terhadap saya, walau sebesar manapun saya tetap akan memaafkan, cuma cepat atau lambat sahaja. Tetapi yang amar sukarnya ialah, saya sangat sukar untuk melupakan apa yang dilakukan kepada saya, walau apa jua keadaan sekali pun In Shaa Allah daya ingatan saya terhadap perbuatan yang dilakukan oleh seseorang itu amat sukar untuk saya lupakan.


 Tegas saya mengatakan ia bukan dendam, saya orang yang jenis tidak suka berdendam, tetapi saya akan menjadikannya sebagai garis sempadan dan tauladan untuk saya menghadapi hari-hari yang mendatang. Saya lebih gemar mengambil ia sebagai medium untuk saya lebih matang dan menjadikan ia mampu memberi impak yang positif terhadap diri saya.

Walaupun yang demikian, saya yakin ramai yang takut dan tidak selesa dengan prinsip saya ini, tetapi jangan risau kawan-kawan ku sekalian, saya masih lagi matang dan waras, dan dalam setiap situasi saya akan sentiasa bersikap secara professional supaya saya dapat mengatasi masalah untuk bergaul dengan orang yang pernah membuatkan hati saya terguris. Memang sudah lumrah dalam persahabatan ataupun jalinan sesama manusia, suka. duka, tangis dan tawa itu perkara biasa, yang penting ialah cara kita mengawalnya. 

Sekian sahaja post dari saya buat masa ini...




~hidup berprinsip, hidup yang berkualiti, jom kita audit diri kita~

No comments:

Post a Comment