~Emak dan Abah kesayangan~
Assalamualaikum.
Post kali ini, saya hendak menceritakan tentang pengakhiran cuti pertengahan Semester 2 saya, saya telah pulang ke UKM pada hari Rabu jam 2.00 petang, cepat kan saya pulang, mesti ramai yang tertanya-tanya mengapa saya pulang awal ke UKM. Jawapannya ialah saya pulang untuk mrmbuat persiapan ulangkaji untuk menghadapi Peperiksaan Pertengahan Semester pada minggu hadapan. Bukan apa, di rumah saya rasa saya hanya banyak menghabiskan masa dengan makan dan tidur sahaja, lagipun saya tidak pandai mana jadi kena ulangkaji lebih. Maka saya dan kawan saya iaitu MOHD AIZAT BIN ABDL RAHAMAN telah bersepakat untuk pulang awal ke UKM.
Walaupun terpaksa mengorbankan waktu cuti, tetapi saya tidak merasa rugi sedikit pun, malah saya merasa untung kerana dapat kawan yang sama-sama sepakat untuk pulang awal mengulangkaji pelajaran. Kami daripada jurusan yang berlainan, Aizat daripada Fakulti Sains dan Teknologi, mengambil jurusan Sains Statistik, tetapi kami sering mengulangkaji pelajaran sama-sama walaupun dari bidang yang berlainan. Walau apa jua sekalipun misi kami sebagai seorang pelajar tetap sama iaitu belajar, belajar, dan belajar serta menjadi graduan UKM yang berdaya saing kelak.
Sekarang kembali kepada tajuk asal saya, pada malam terakhir saya bersama keluarga iaitu pada hari Selasa malam, saya merasakan saya telah meluangkan masa yang sangat berkualiti dengan keluarga tercinta. Kami sekeluarga telah pulang ke kampung halaman di Ipoh pada petang tersebut, dan pada sebelah malam pula kami telah ke satu tempat yang menarik di Ipoh, Perak. Tempat tersebut baru lagi dibuka, ia dinamakan sebagai Kinta Riverfront, atau lebih dikenali sebagai I-City Ipoh bagi penduduk setempat. Disana terdapat lampu-lampu yang sangat menarik perhatian kami kerana ia tempat pertama di perak yang memiliki lampu-lampu yang sangat cantik seperti di I-City Shah Alam, saya tidak melepaskan peluang untuk merakamkan kenangan bersama keluarga. Kami meluangkan masa berkualiti bersama selama 1 jam di sana dengan bersiar-siar di kawasan sekitar sambil bergambar.
Kami pulang ke rumah pada jam 12.25 tengah malam, setelah pulang ke rumah saya pula sibuk menyiapkan barang-barang untuk dibawa pulang ke UKM pada keesokan harinya. Tiket bas saya pada pukul 2.00 petang, jadi saya perlu membuat persiapan awal supaya tidak kelam kabut. Abah telah menghantar saya pada hari Rabu tersebut dan saya tiba di UKM pada jam 6.30 petang. Setelah tiba di UKM maka bermulalah pelayaran saya yang seterusnya untuk sesi pembelajaran seterusnya. Misi harus diteruskan, walau apa jua sekalipun.
Sekian dulu untuk post kali ini, terimalah sedikit gambar kenangan saya bersama keluarga.
Wassalam.
~Pemandangan di Kinta Riverfront~
~Pemandangan dari atas jambatan~
~Gambar saya bersama Abah, Emak dan Kak Yong~
~Gambar Abah, Emak, Adik dan Kak Yong~
~kasih terjalin, memori tercipta, hidup bahagia, jom audit diri kita~
No comments:
Post a Comment