Assalamualaikum,
Post kali ini saya nak cerita tentang aktiviti yang saya lakukan pada cuti pertengahan semester 2 ini, saya telah pulang ke kampung halaman pada hari Jumaat 05/04/2013 dengan menaiki bas Plusliner pada jam 6.00 petang. Pada hari tersebut hati membuak-buak hendak pulang ke kampung, sebab sudah lama juga tidak pulang ke kampung, dan pada hari pertunangan kakak saya pun saya tidak dapat pulang kerana komitmen terhadap Explorace Keusahawanan sempena TG2KM. Memang agak sedih kerana saya hanya ada seorang kakak sahaja, dan dapat merasai pengalaman ini sekali sahaja, tetapi apakan daya, komitmen sebagai seorang pelajar perlu diutamakan.
Pada hari pertama sampai ke rumah, setelah bergembira dan melepaskan rindu bersama keluarga tercinta, keesokan harinya saya, kakak saya dan adik perempuan telah keluar ke Shopping Mall, macam biasalah inilah hobi saya yang tidak dapat saya tinggalkan. Emak dan Abah tidak ikut kerana mereka ada urusan yang perlu dilakukan, berjalan dengan kakak memang sangat penat, hendak pilih kasut pun makan masa berjam-jam, naik mengantuk saya menunggu dia memilih kasut, tapi saya puas hati sebab dia beli 6 pasang kasut sekali, berbaloilah saya menunggu lama pun. Adik saya pun tidak kurang hebatnya, tetapi dia asyik menyuruh orang membelikan untuknya, mujurlah dapat abang dan kakak yang baik, saya dan kakak saya masing-masing membelikannya sepasang kasut.
Selepas penat bershopping kami pergi makan tengahari di KFC, kali ini kakak saya yang belanja semua, Wah, gembira sangat dapat kakak yang baik hati, tetapi kami memang suka membodek kakak. Setelah habis makan kami pusing-pusing di sekitar AEON Station 18, untuk mencari hadiah Ulangtahun Kelahiran bonda kami pada 11/04/2013 ini, akhirnya saya dan kakak bersepakat untuk menghadiahkan beg tangan kepada Emak. Setelah selesai semua kami pulang ke rumah sebab kakak hendak masuk kerja pada sebelah petang.
Sekian dulu untuk post kali ini, tunggu post yang berikutnya...:)
~terimalah sedikit gambar sekitar hang out kami~
~ketika dalam perjalanan~
~inilah kakak dan adik saya~
~inilah kasut yang diborong mereka berdua~
~sayangi keluarga anda sebagaimana mereka menyayangi anda~
No comments:
Post a Comment