Assalamualaikum,
Kawan-kawan sekalian, hari ini saya mahu berkongsi sedikit dengan anda tentang kegembiraan yang saya rasakan. Ini adalah kerana pilihan saya untuk modul ekonomi ialah EKONOMI ISLAM, Alhamdulillah saya bersyukur sangat kerana ini merupakan pilihan pertama saya dan saya dapatnya. Sebenarnya, saya memang sudah meminati Ekonomi Islam sejak dari Semester 1 lagi, dimana ketika saya sedang mengikuti kursus Prinsip Ekonomi Islam.
Dalam kegembiraan, saya juga perlu berusaha dan memberikan sepenuh minat kepada pilihan modul ini, Ini adalah kerana selepas ini saya tidak akan bersama dengan rakan-rakan yang ada sekarang, masing-masing ada pilihan masing, tetapi tidak mengapa, untuk subjek Wajib Pusat dan Wajib Universiti, saya masih boleh untuk memilih kelas yang sama dengan rakan-rakan saya.
Perjalanan mesti diteruskan, sesukar manapun, sebesar manapun dugaan yang mendatang, saya perlu menguatkan semangat untuk terus belajar bersungguh-sungguh dan mencapai kejayaan yang saya ingini dalam hidup saya. Walaupun tiada kawan yang mengambil sama modul dengan saya, tidak mengapa, saya akan cuba berdikari dan akan cuba menyesuaikan diri dengan rakan-rakan yang baru.
Sekian sahaja post saya untuk kali ini, semoga rezeki yang diberikan Allah ini dapat saya laksanakan dengan jayanya dan semoga saya dapat mengembirakan orang yang saya sayang di muka bumi ini. Amin.
~Ekonomi Islam merupakan pilihan modul saya~
~Subjek yang perlu diambil untuk pilihan modul saya~
~Kembara seorang pelajar masih jauh, hidup perlu diteruskan, bersedialah menghadapi ujian yang mendatang~


No comments:
Post a Comment