Saturday, 1 June 2013

ABAH DAN EMAK PENGUAT SEMANGATKU..

Assalamualaikum ..

Post saya kali ini adalah berkenaan dengan penguat semangat saya di atas muka bumi ini, siapakah lagi orangnya jika bukan kedua ibu bapa saya. Walaupun mereka tiada disisi saya secara rasminya ketika ssaya berada di UKM ini, tetapi di dalam hati ini mereka adalah insan yang paling dekat dengan saya. Perasaan ini kian membuak-buak di saat diri saya dilanda sakit mata, memang azab sangat rasanya ketika sakit mata, saya menahan sakitnya sehingga seminggu, saat ini masih ada kesakitan sedikit, tetapi macam sudah hendak sembuh rasanya.

Sakit mata yang saya alami sangat mengganggu perjalanan kehidupan saya, sebagai seorang pelajar saya perlu menghadiri kuliah, dan ujian sakit ini berlaku ketika minggu terakhir kuliah di UKM. Walaupun dalam keadaan sakit mata, saya tetap menghadiri kuliah terakhir, saya tidak mahu terlepas satu kuliah pun, dan saya juga tidak mahu menjadikan penyakit sebagai alasan untuk saya tidak hadir ke kelas. Memang agak sukar saya untuk memberi tumpuan dalam kelas, tetapi saya cuba sedaya upaya saya untuk fokus, dan saya berazam untuk menggunakan masa minggu ulangkaji dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran untuk menghadapai peperiksaan akhir. Semoga Allah mempermudahkan segala urusan saya sepanjang minggu ulangkaji, minggu peperiksaan dan hari-hari yang mendatang.

Emak dan Abah merupakan penyokong kuat saya sepanjang saya sakit mata, mereka tidak putus-putus menghubungi saya untuk bertanya khabar. Tidak lupa juga mereka memberikan saya nasihat dan kata-kata semangat dan menjadikan saya mudah menerima penyakit ini sebagai ujian daripada Allah S.W.T dan bukannya sebagai satu masalah. Di saat sakit mata, kerinduan kepada Emak sangat kuat, ini kerana jika saya di rumah ketika ini, pastinya emak akan meluangkan masa menjaga saya, makan minum saya dan memberikan kata-kata semangat di  sebelah saya. Tetapi apakan daya, ujian ini harus saya hadapai sendiri, ini juga dapat mematangkan saya dan hidup berdikari di universiti. 

Minggu ulangkaji sudah bermula, saya perlu menggunakan masa yang ada dengan sebaiknya untuk mengulangkaji pelajaran. Emak dan Abah merupakan penguat semangat saya untuk meneruskan pengajian ini, jadi saya perlu lakukan sesuatu untuk menggembirakan mereka dengan keputusan peperiksaan saya. Saya mungkin dan semestinya tidak mampu membalas jasa dan budi yang telah ditaburkan oleh mereka, tetapi In Shaa Allah saya akan cuba menghadiahkan kejayaan saya kepada mereka. Emak dan Abah, Angah sentiasa rindu dan sayang kalian berdua sehingga hujung nyawa. 


Sekian sahaja post saya bagi kali ini. Wassalam.




~Emak, Abah dan adik beradik yang menjadi pendorong semangatku~




~Saya berjanji pada diri untuk jadi yang terbaik~





~video ini memotivasikan saya suatu ketika dahulu~



~Berbaktilah dan sayangi kedua ibubapa selagi mereka masih ada di muka bumi ini~

No comments:

Post a Comment