Assalamualaikum,
Hari ini saya mahu berkongsi pengalaman manis yang baru rasai beberapa jam yang lalu. Ia adalah pengalaman menyaksikan kalimah Allah dengan mata saya sendiri di hadapan jendela bilik saya di Kolej Keris Mas. Pada mulanya saya berasa tidak percaya, kerana seolah-olah angan-angan dan mimpi, tetapi setelah saya memanggil rakan sebilik saya melihat sekali, dia juga turut menyatakan kalimah yang saya nampak itu ialah kalimah ALLAH.
Peristiwa ini berlaku sangat sekejap, dimana setelah saya selesai menunaikan solat Maghrib, dan saya mahu menadah tangan untuk berdoa, saya telah melihat diluar jendela dan terpandang akan kumpulan awan yang terbentuk kalimah Allah, perasaan saya sangat teruja ketika itu. Untuk merakam saat yang terindah itu, saya telah mencapai telefon saya dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan dan berkongsi dengan rakan-rakan yang lain. Benda yang baik kan elok jika dikongsi bersama rakan-rakan sebagai tauladan, saya telah memuat naik gambar tersebut di laman Facebook untuk tujuan perkongsiaan saat-saat manis ini.
Saya rasa sangat bersyukur dengan peluang yang diberikan oleh Allah kepada saya, dan saya berpendapat ada hikmah yang Allah mahu berikan kepada saya. Mungkin juga sebagai peringatan kepada saya untuk terus mengingati dan terus beribadat kepadaNya serta tidak melakukan dosa-dosa besar kepadaNya. Dengan kesempatan yang diberikan Allah itu, saya memohon kepada Allah dengan berdoa kepadaNya supaya memberikan saya semangat untuk mengulangkaji mata pelajaran dan mempermudahkan saya menghadapi Peperiksaan Akhir Semester Dua memandangkan Peperiksaan Akhir semakin hampir.
Memang ada hikmah mengapa Allah memberikan kesempatan kepada saya, ini kerana saya merasa lebih bersemangat dan sentiasa mengingatiNya dalam apa yang saya lakukan. Selama ini, saya sering merasakan diri saya semakin jauh terhanyut dek arus duniawi, pelbagai masalah datang melanda menyebabkan hati saya kosong, tanpa saya sedari sebenarnya dalam setiap apa yang berlaku, kita seharusnya berbalik kembali kepada Pencipta. Syukur Ya Allah, keranaMu hamba masih berada dimuka bumi ini untuk terus menunaikan tugas dan tanggungjawab yang sepatutnya hamba laksanakan, semoga dipermudahkan segalanya. Amin.
Sekian untuk post kali ini.
Wassalam.
~gambar kalimah Allah yang sempat saya rakamkan~
~saya telah kongsikan gambar di Facebook~
~Setiap yang berlaku adalah dengan kuasaNya, baik buruk yang berlaku pasti ada hikmahnya~

No comments:
Post a Comment