Assalamualaikum,
Hai kawan-kawan sekalian, post kali ini berkaitan dengan pembentangan tugasan PowerPoint dan video bagi subjek Aplikasi Komputer. Pada awalnya, kumpulan saya sudah bersiap sedia dan berharap kami dapat membuat pembentangan pada hari ini, tapi apakan daya masalah yang di luar jangkaan berlaku, macam-macam tragedi jadi hari ini di kelas. Kasihan pensyarah kami terpaksa melayan kerenah pelajar-pelajarnya, ada yang hilang dompet lah, video tiada suara lah, video tidak boleh play di komputer depanlah, dan macam-macam lagi. Tetapi tidak mengapa, kita jangan ambilnya sebagai satu masalah, tetapi ambil sebagai satu ujian supaya kita membuat penambahbaikkan di masa akan datang.
Pelbagai pengajaran yang saya dapat pada hari ini, antaranya :-
1. Sentiasa membuat persediaan awal, cuba slide show dan video di komputer hadapan. Pastikan boleh berfungsi dengan baik.
2. Minggu hadapan, bagi sesiapa yang ada speaker, bolehlah meringankan tulang untuk membawa ke kelas.
3. Gunakan masa yang diberikan dengan sebaiknya, jangan mengmbil masa yang lama untuk setting di komputer hadapan.
4. Pastikan telefon bimbit berada dalam keadaan senyap supaya tidak mengganggu tumpuan pelajar dan pensyarah dalam proses Pengajaran dan pembelajaran (P&P).
5. Gunakan bahasa yang formal dan mudah difahami, bukannya bahasa rojak. Jika gunakan Bahasa Melayu maka gunakan bahasa yang betul, begitu juga Bahasa Inggeris.
Itu adalah serba sedikit pengajaran yang saya dapat pada hari ini, mungkin ada terkurang lebih, jika ada kekurangan mohon teguran anda di ruangan komen. Berbalik kembali pada pembentangan pada hari kejadian, hanya dua kumpulan sahaja yang sempat membuat pembentangan. untunglah mereka sudah melepasi saat genting ini. Kumpulan saya belum lagi membuat pembentangan, harap-harap minggu depan kami dapat membuat pembentangan. Nak tahu tajuk pembentangan kami?? nantikan masanya, barulah surprise. Kumpulan pada hari ini membentangkan tentang "Pantang Larang" dan satu lagi "Kasut", kedua-duanya menarik kerana menambahkan pengetahuan umum kepada saya, kerana ia adalah berkenaan dengan kehidupan kita.
Kepada kumpulan yang belum membuat pembentangan, ingatlah ada hikmah disebalik kejadian pada hari ini, Allah bagi kita masa untuk membuat persiapan yang lebih rapi supaya perjalanan pembentangan seterusnya akan berjalan dengan lancar. Amin..mudah-mudahan hendakNya. Sekian sahaja post dari saya.
Wassalam.
~antara peralatan penting untuk pembentangan yang berunsur video~
~Berprasangka baik belum menjaminkan kesudahan yang baik, tepuk dada tanya diri kita~

.jpg)
No comments:
Post a Comment