Assalamualaikum.....
Hari ini seharian menyiapkan blog, daripada buat email google sampai lah menyiapkan post ini, pada awalnya memang agak pening, tetapi lama kelamaan selepas mencuba beberapa kali, belajar daripada En. Google maka siaplah blog yang tidak seberapa ini...Blog ini dibina bertujuan sebagai salah satu tugasan untuk subjek Aplikasi Komputer, tetapi ia juga boleh dijadikan sebagai salah satu medium dan ruang untuk saya berinteraksi secara maya dan berkongsi serba sedikit ilmu untuk tujuan perkongsian..namun sebarang komen dan cadangan amat saya alu-alukan...Sebelum saya terus berkongsi pengalaman saya ingin memperkenalkan diri saya terlebih dahulu, nama diberi Muhamad Ammar Bin Ahmad Ramli, dilahirkan di Bota, Perak Darul Ridzuan, merupakan anak kedua daripada 5 orang adik beradik....sekarang merantau di Bangi, Selangor Darul Ehsan sebai seorang pelajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM)....
Di kesempatan ini juga saya ingin berkongsi pengalaman saya dan rakan-rakan di Kolej Keris Mas, dimana kami (saya, Razis, Ejat, Tahir dan Ammar FPI) telah ke KLCC untuk jalan-jalan cari ketenangan..saya sudah biasa ke sana, jadi saya membawa kawan-kawan untuk bersiar-siar di sekitar Kuala Lumpur...Kami banyak mengambil gambar untuk tujuan kenangan semasa belajar di UKM..bukan selalu dapat keluar jalan-jalan...minggu ni pun sebab masih di minggu pertama..jadi jadual masih tidak sibuk lagi...kami mengambil peluang yang ada untuk mengisi kelapangan yang untuk untuk beriadah bersama-sama...
Kadang-kadang dalam hidup ni kita kena sediakan masa untuk melapangkan minda dari kesibukan..otak dan minda juga perlukan kebebasan dan ketenangan..tapi beringatlah, bukan ke arah yang merosakkan dan melalaikan otak dan minda..kita kena cuba asuh minda kita untuk sentiasa berada dalam keadaan yang aman dan tenang, maka setiap keputusan yang kita akan buat akan memberikan kegembiraan kepada kita..ini adalah perkongsian untuk anda dan juga saya sendiri...:)
~jaga diri, jaga hati, hiasi peribadi~


No comments:
Post a Comment